Trip to Jeram Kedah at Ulu Beranang



Trip ke Jeram Kedah di Ulu Beranang

Maklumat Laluan trail.
Kayuhan pagi Ahad 4 November 2012.
Good Milage of : 32 km
Road : 40%
Offroad: 60%
Highest peak : 720ft.
Peak : 12 bukit.
Riders : 6 Rider. [3 GTriders ( Ikram,Hahsni,Hisam) dan  Hazrul, Aznan, Yazid].
Trail refer  below. Courtesy by Hazrul
http://www.endomondo.com/workouts/user/1977069
 


Kisah kayuhan.
Kayuhan ini sebenarnya tak plan. Asalnya planning nak panjat ke puncak Broga dengan MTB.
Tapi sebab tak der ‘tourist guide’ yg pernah layan kesana, so kena follow sesiapa yang pernah pergi area berdekatan sana. Apabila dengar cerita nak panjat Broga, Joe Razif pun inform yang Bro Hazrul nak layan Broga pada hari tu. 
Parking kat Masjid Ulu Beranang. Get ready.


Maka seperti yang dijanjikan Selepas parking di Masjid Ulu Beranang, Kami bertiga, 3H(Haji,Hashni,Hisamuddin) kayuh ke meeting point at GPS kordinat: 2.8954,101.927595. ( 200 meter jer dari Masjid).
 
Disitu Bro Hazrul dan 2 rakan rider yang lain sedang menunggu.
Selepas suaikenal sekejap dan perbincangan arah kayuhan, tayar pun mula bergolek.
Kayuhan kali ni rupanya bukan Broga tapi jadi kayuhan Jeram kedah ulu beranang.Dalam kepala dok teringat mandi jeram semasa kayuhan Sg lalang bulan lepas. Kompem layan best juga kali ni.





Jam 835pagi tayar mula bergolek melalui road ulu beranang ke lenggeng. Ada 2 peloton RB yang memotong kami sepanjang laluan ni.
Jalan Ulu Beranang - Lenggeng
Rupanya ramai juga RB buat trek latihan sepanjang jalan ni di pagi Ahad yang bening dan udara yang nyaman.
cuaca pula seolah-olah hujan malu nak turun (mendung).

Permulaan simpang ke Offroad
Mula memasuki offroad di Kampung sungai gunung machang ulu.
















    Permulaan offroad adalah melalu double trail kebun getah dengan pendakian yang cukup mantap. 
Memang mantap. Starting pun dah mencanak. Lepas daki bukit, ada bukit lagi. lagi dan lagi. Time tu 2 kali rantai jatuh. Hazrul tolong adjust sikit. TQ bro. Kayuhan mendaki selepas tu dah smooth&cun tanpa rantai jatuh.
    
2 jaguh bukit. Basikal dan kaki power!



Akhirnya bukit tertinggi 720kaki telah Berjaya dipanjat. Inilah salah satu bukit dalam PCC Presidential ride 2009  .

 Hisamudin , Hashni dan Aznan memang rider yang mantap apabila mendaki dgn meninggalkan kawan2 lagi 3 rider jauh dibelakang.









gambar berempat - sepatutnya ada 6 riders dalam ni.

Setelah melepak dipuncak bukit dan bergambar sikit2 buat kenangan, kami pun mula mengorak langkah.Turun DH.
Sebenarnya kalau boleh nak lepak lama sikit sebab dada masih berombak.
Tapi akoo dan Hazrul dah tak tahan dengan serangan peloton-peloton nyamuk kat situ. 






Maka trip di teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Menuju Jeram Kedah. 
Kali ni banyak single trail dan sedikit belukar.

Balak tumbang.
  Ada juga tempat tertentu yang kena timang2 mtb disebabkan pokok tumbang di kebun getah.






 
 laluan DH menuruni puncak 720kaki ni landai sahaja rupanya.Puas juga melayan Downhill disini.Photo pun x sempat snap sebab x mau stop melayan keasyikan downhill.

Kemudian sayup-sayup bunyi deruan air terjun
Tanda dah menghampiri tempat yang dituju.







 Hisamudin dan Hashni senyum jer layan DH
 Lepas turun DH, stop sekejap sebelum turun menuju ke Jeram.
Sampai jer di tepi jeram , kena angkat basikal meniti jalan yg hampir runtuh dan sempit menuju ke Air terjun Jeram kedah.








Air terjun Jeram kedah- Berendam & menyelam




  Macam biasa, kalau dah sampai takkan nak tengok jer air terjun tu. Apa lagi , berendam la sat. Hilang sikit lenguh dan panas . Aku sorang jer yang layan jeram nampaknya.
Yang lain layan sembang dan borak.
Selepas makan roti dan minum air. Fuh dah kembali fresh.
Next time elok bawak nasi lemak.
  
Sembang2 cerita Jeram.
Kenangan di Jeram Kedah - Kg.Solok ,Ulu Beranang

20minit kemudian perjalanan diteruskan sehingga sampai di simpang 3. Kekiri untuk kembali semula ke Start point (end the trip) manakala ke arah kekanan menuju ke bukit Broga.
Setelah berbincang dan mengambil kira faktor masa - pagi masih muda (+/-10:40pagi), keputusan diambil untuk menambah milage ke bukit broga.




Trail kayuhan selepas itu rupanya bertambah sulit. 
Pendakian Single trail melalui ladang sayur dan bukit yang adakalanya mencanak sehingga 45%. 
Disambut dengan salakan anjing sekali. 
Terasa puas gegaran paru-paru apabila mendaki bukit yang mencanak tu.



Akhirnya dari jauh Nampak bukit broga didepan mata. 
Offroad berakhir disini dan kami memasuki jalan road ke Pekan Broga.

      Kayuhan road dari pekan Broga ke Masjid Ulu beranang(starting point) hanya mengambil masa 15minit sahaja. Time ni Acara test odometer kelajuan bermula. Nak test aku punya cateyeFIT wireless yg pening 'sekejap UP sekejap drop dia punya speed'. Mungkin penangan dari getaran downhill yang menyebabkan magnet dislocation.
    Maka kayuhan diakhiri dgn minuman kegemaran milo ais dan teh o ais limau di kedai makan ulu beranang.

Sinonpsis. 
Starting point dari Pekan Ulu Beranang.
Mendaki puncak tertinggi 720kaki.
Downhill single trail bersemak ke Air Terjun Jeram Kedah.
Lepak berkelah di air terjun.
Layan bukit bukau ke arah Bukit Broga.
Kembali semula melalui jalan tar melalui pekan Broga ke pekan Ulu Beranang.
Minum Milo ais sambil mengerat silaturrahim.

Pandangan. 
Kayuhan trail yang mengasyikkan dan pendakian yang memerlukan konsentrasi tinggi.
Corak kayuhan santai no rush. 
Bagi Bro Hisamuddin, ini merupakan kayuhan offroad kedua selepas UPM fete. 
Alhamdulillah kami bersyukur kpd Allah Swt kerana kayuhan kali ini selamat tanpa musibah dan amat menyeronokkan serta merangsang otot paha. 
Jutaan terima kasih kepada Bro Hazrul dan kawan2 yang lain yang turut serta. 
Akhirkata marilah berkayuh dengan menutup lutut.Supaya lebih syariah compliant dan selamat lutut dari luka. 
Hj Ikram.

 Jeram Kedah - Ulu Beranang.Kg Solok










0 comments:

Post a comment

GTRiDERS

GTRiDERS

Chip - Yusri

Chip Marksman - Hashni

Chip Organizer - Fahmir

Mountain Footer - Apis

Low Profile - Joe Radzif

Exit the Way - Hj Ikram

Arial Brader - K'Lid

Shout!!!

Powered by Blogger.