Gambar Kayuhan Amal Meditop 2013 - Rumah Bakti Al Kausar

Sila click SINI


Meditop Charity Ride 2013 - Rumah Bakti Al Kausar

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah program berbasikal Meditop Corporation, Bandar Baru Bangi telah berlangsung dengan berjayanya walaupun diakui ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Kami mengucap terima kasih kepada semua yang menyertai, tahniah kepada pemenang sukaneka dan cabutan bertuah dan memohon ampun maaf atas segala kelemahan yang telah berlaku.

Peserta telah dilepaskan oleh Encik Nor Azizan Sulaiman (Pengurus Kanan Sumber Manusia) diringi oleh Polis Trafik Cawangan Kajang dan dibantu oleh marshall. Oleh kerana semangat kesukanan yang sangat tinggi, peserta telah sampai terlalu awal ke Rumah Bakti Al Kausar (RBAK) sehinggakan urusetia di sana tak sempat nak setup lagi. Extra Joss juga belum sampai lagi. Maka peserta telah dijamu dengan bihun dan air sirap dahulu.

Acara sukaneka pertama - Basikal Lambat dari kalangan peserta yang dimenangi oleh adik Imran. Diikuti dengan acara Basikal Lambat dari anak-anak yatim RBAK. Acara yang kedua - Tolak tayar basikal berganti-ganti dan yang terakhir - Pasang Basikal. Kedua-dua acara ini disertai secara campuran peserta kayuhan dan anak-anak yatim.

Setelah usai acara sukaneka, wakil-wakil penaja dan peserta menyampaikan barangan sumbangan seperti peralatan pembersihan (Tukang Hardware), frozen food (Prima Baguz), vitamin (CCM), Tupperware, roti croissant (Heinstad) dan juga sumbangan oleh peserta dan penaja (Syarikat Indah, Wonway, Terus Maju) berjumlah RM2700++ dan juga sumbangan dari pekerja Nicom Steel sebanyak RM1561.

Kemudian acara disambung dengan jamuan kuih-muih, pisang, epal dan air isotonik di kantin Meditop Corporation dan juga acara penyampaian hadiah sukaneka dan cabutan bertuah. Acara tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Peserta mula berkumpul 
 
Briefing

Briefing dan bacaan Doa

Kusyuk

Acara Basikal Lambat

Acara Basikal Lambat

Final Basikal Lambat

Basikal Lambat adik-adik

Pemenang saguhati

Acara tolak tayar

Pemenang Tolak Tayar

Extra Joss

Acara Pasang Basikal

Ready...

Pemenang - toke kedai beskal punya team

Penyerahan replika tapi jumlah lagi banyak

Haji Razali - Owner Rumah Bakti Al Kausar

Meditop Sayang Al Kausar

Duta Trek....

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Happy la dapat hadiah kan...

Senarai Peserta beserta Nombor Pendaftaran

Sila klik SINI untuk senarai nama pendaftaran.


Para peserta perlu memakai t-shirt Meditop Charity Ride 2013 sepanjang aktiviti ini berlangsung.


Peta ke Start/Finish - Meditop Corporation Plant 2

Peta ke Meditop Corporation Plant 2 dari Tol Kajang  

(sila klik untuk gambar yang lebih besar)

Bayaran Tol dari Tol Sungai Besi = RM1.80 di atas tanggungan peserta :)

Details di Meditop Corporation Plant 2
(sila klik untuk gambar yang lebih besar)

Adalah diingatkan kenderaan perlu masuk ke kawasan parking melalui pintu berpalang (anak parah merah) dan bukannya pintu utama. Peserta bukan staff Meditop perlu meletak kenderaan di 'Guest Parking Area'. Tempat Pendaftaran (REG berwarna MERAH) terletak di Lobby. 

GTRiDERS di Harian Metro!!!

GTRider laung cabaran
Oleh Aida Adilah Mat





Kuala Lumpur: Seramai 10 pelumba bakal mengibarkan cabaran pasukan GTRider untuk mengisi 100 tempat terbaik pada penyertaan sirkit pertama Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di Putrajaya Ahad ini.

Bagaimanapun, pengurus pasukan Mohd Radzif Shamsul Anuar meletakkan sasaran kepada tiga pelumba utamanya untuk memberikan saingan.


Katanya, untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik memang sukar kerana cabaran hebat bakal diterima daripada peserta yang menyertai acara Jamboree.

“Justeru, sasaran saya lebih kepada Muhammad Yusri Zainon yang menggalas tugas sebagai ketua pasukan selain Radzifuddin Hamzah dan Zarif Ismail untuk memburu tempat terbaik.

Senarai Peserta Kayuhan Amal Meditop - Al-Kausar 2013

Assalamualaikum & Good day,

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran acara Kayuhan Amal (Charity Fun Ride) Meditop Corporation 2013 telah pun ditutup setelah mencapai angka 150 orang yang kami cari. Kami memohon maaf kepada basikalis-basikalis yg ada menghubungi kami kerana pihak kami hanya menyediakan logistik yang terhad. 

Senarai peserta yang telah berjaya didaftarkan adalah seperti di S I N I (click)

Sila semak nama anda dan feedback semula kepada kami sekiranya ada sebarang kekeliruan, kesalahan atau sebarang kemusykilan.


Pendaftaran Ditutup - 23/5/2013



Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami terpaksa menutup sebarang pendaftaran untuk menyertai Charity Ride Meditop 2013 setelah menerima pendaftaran ke-150 sebentar tadi. Pihak kami memohon maaf kepada  basikalis yang belum sempat mendaftar. 

Meditop Charity Ride 2013 - 22 Jun 2013


Untuk tahun ke-2, GTRiders akan menganjurkan aktiviti berbasikal di Meditop Corporation, Bandar Baru Bangi. Sekiranya tahun 2012 kayuhan bersempena Earth Hour, tahun 2013 menyaksikal aktiviti kayuhan ke Rumah Bakti al-Kausar (RBaK) yang terletak di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Konsep kayuhan amal ini adalah 'Fun Ride' yang sepenuhnya akan melalui jalan raya di sekitar Bandar Baru Bangi. 

Details:

Acara: Kayuhan Amal 2013 - Meditop Corporation - Rumah Bakti al-Kausar
Tarikh: 22 Jun 2013
Jarak: ±15km sahaja (Jalan raya)
Bayaran: RM20 (RM15 utk baju + RM5 utk anak yatim)
Sekiranya ingin menyumbang lebih, adalah sangat dialu-alukan

Had umur: 16 tahun ke atas
Tarikh tutup: 23 Mei 2013

Aturcara:
07:30 - Pendaftaran
08:00 - Flag-off
10:00 - Tiba di RBaK - Sukaneka & Jamuan Ringan 
11:30 - Pulang ke Meditop
12:30 - Penutup & Lucky Draw

Rumah Bakti Al Kausar

Anak-anak yatim
Peta Laluan:

T-Shirt:

Goodies:


Borang Penyertaan:

Email borang yang siap diisi ke: radzif@meditop.com.my & hubungi Joe Radzif di 013 3036644.
Yuran boleh di bank-in ke: 162188340164 (Maybank) - Mohd Radzif Samsunanwar

Tarikh tutup: 30 Mei 2013 / cukup 150 orang peserta

GTRiDERS

GTRiDERS

Chip - Yusri

Chip Marksman - Hashni

Chip Organizer - Fahmir

Mountain Footer - Apis

Low Profile - Joe Radzif

Exit the Way - Hj Ikram

Arial Brader - K'Lid

Shout!!!

Powered by Blogger.