Meditop Charity Ride 2013 - Rumah Bakti Al Kausar

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah program berbasikal Meditop Corporation, Bandar Baru Bangi telah berlangsung dengan berjayanya walaupun diakui ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Kami mengucap terima kasih kepada semua yang menyertai, tahniah kepada pemenang sukaneka dan cabutan bertuah dan memohon ampun maaf atas segala kelemahan yang telah berlaku.

Peserta telah dilepaskan oleh Encik Nor Azizan Sulaiman (Pengurus Kanan Sumber Manusia) diringi oleh Polis Trafik Cawangan Kajang dan dibantu oleh marshall. Oleh kerana semangat kesukanan yang sangat tinggi, peserta telah sampai terlalu awal ke Rumah Bakti Al Kausar (RBAK) sehinggakan urusetia di sana tak sempat nak setup lagi. Extra Joss juga belum sampai lagi. Maka peserta telah dijamu dengan bihun dan air sirap dahulu.

Acara sukaneka pertama - Basikal Lambat dari kalangan peserta yang dimenangi oleh adik Imran. Diikuti dengan acara Basikal Lambat dari anak-anak yatim RBAK. Acara yang kedua - Tolak tayar basikal berganti-ganti dan yang terakhir - Pasang Basikal. Kedua-dua acara ini disertai secara campuran peserta kayuhan dan anak-anak yatim.

Setelah usai acara sukaneka, wakil-wakil penaja dan peserta menyampaikan barangan sumbangan seperti peralatan pembersihan (Tukang Hardware), frozen food (Prima Baguz), vitamin (CCM), Tupperware, roti croissant (Heinstad) dan juga sumbangan oleh peserta dan penaja (Syarikat Indah, Wonway, Terus Maju) berjumlah RM2700++ dan juga sumbangan dari pekerja Nicom Steel sebanyak RM1561.

Kemudian acara disambung dengan jamuan kuih-muih, pisang, epal dan air isotonik di kantin Meditop Corporation dan juga acara penyampaian hadiah sukaneka dan cabutan bertuah. Acara tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Peserta mula berkumpul 
 
Briefing

Briefing dan bacaan Doa

Kusyuk

Acara Basikal Lambat

Acara Basikal Lambat

Final Basikal Lambat

Basikal Lambat adik-adik

Pemenang saguhati

Acara tolak tayar

Pemenang Tolak Tayar

Extra Joss

Acara Pasang Basikal

Ready...

Pemenang - toke kedai beskal punya team

Penyerahan replika tapi jumlah lagi banyak

Haji Razali - Owner Rumah Bakti Al Kausar

Meditop Sayang Al Kausar

Duta Trek....

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Happy la dapat hadiah kan...

0 comments:

Post a comment

GTRiDERS

GTRiDERS

Chip - Yusri

Chip Marksman - Hashni

Chip Organizer - Fahmir

Mountain Footer - Apis

Low Profile - Joe Radzif

Exit the Way - Hj Ikram

Arial Brader - K'Lid

Shout!!!

Powered by Blogger.