Trip ke Jeram Kedah di Ulu Beranang
Maklumat Laluan trail.
Kayuhan pagi Ahad 4 November 2012.
Good Milage of : 32 km
Road : 40%
Offroad: 60%
Highest peak : 720ft.
Peak : 12 bukit.
Riders : 6 Rider. [3 GTriders ( Ikram,Hahsni,Hisam)
dan Hazrul, Aznan, Yazid].
Trail refer
below. Courtesy by Hazrul
http://www.endomondo.com/workouts/user/1977069
Kisah kayuhan.
Kayuhan ini sebenarnya tak plan. Asalnya
planning nak panjat ke puncak Broga dengan MTB.
Tapi sebab tak der ‘tourist guide’ yg
pernah layan kesana, so kena follow sesiapa yang pernah pergi area berdekatan sana. Apabila dengar cerita nak panjat Broga, Joe Razif pun
inform yang Bro Hazrul nak layan Broga pada hari tu.
 |
Parking kat Masjid Ulu Beranang. Get ready. |
Maka seperti yang dijanjikan Selepas
parking di Masjid Ulu Beranang, Kami bertiga, 3H(Haji,Hashni,Hisamuddin) kayuh ke meeting point at GPS kordinat: 2.8954,101.927595. ( 200 meter jer dari Masjid).
Disitu Bro Hazrul dan 2 rakan rider yang lain sedang menunggu.
Selepas suaikenal sekejap dan perbincangan arah kayuhan, tayar pun mula bergolek.
Kayuhan kali ni rupanya bukan Broga tapi jadi
kayuhan Jeram kedah ulu beranang.Dalam kepala dok teringat mandi jeram semasa kayuhan Sg lalang bulan lepas. Kompem layan best juga kali ni.
Jam 835pagi tayar mula bergolek melalui road
ulu beranang ke lenggeng. Ada 2 peloton RB yang memotong kami sepanjang laluan ni.
 |
Jalan Ulu Beranang - Lenggeng |
Rupanya ramai juga RB buat trek latihan sepanjang jalan ni di pagi Ahad yang bening dan udara yang nyaman.
cuaca pula seolah-olah hujan malu nak turun (mendung).
 |
Permulaan simpang ke Offroad |
Mula memasuki offroad di Kampung sungai gunung machang
ulu.
Permulaan offroad adalah melalu double trail kebun getah
dengan pendakian yang cukup mantap.
Memang mantap. Starting pun dah mencanak. Lepas daki bukit, ada bukit lagi. lagi dan lagi. Time tu 2 kali rantai jatuh. Hazrul tolong adjust sikit. TQ bro. Kayuhan mendaki selepas tu dah smooth&cun tanpa rantai jatuh.
 |
2 jaguh bukit. Basikal dan kaki power! |
|
|
|
|
Akhirnya bukit tertinggi 720kaki telah Berjaya dipanjat. Inilah salah satu bukit dalam PCC Presidential ride 2009 .
Hisamudin , Hashni dan Aznan
memang rider yang mantap apabila mendaki dgn meninggalkan kawan2 lagi 3 rider jauh dibelakang.
 |
gambar berempat - sepatutnya ada 6 riders dalam ni. |
Setelah melepak dipuncak bukit dan
bergambar sikit2 buat kenangan, kami pun mula mengorak langkah.Turun DH.
Sebenarnya kalau boleh nak lepak lama sikit sebab dada masih berombak.
Tapi akoo dan Hazrul dah tak tahan
dengan serangan peloton-peloton nyamuk kat situ.
Maka trip di teruskan ke destinasi
seterusnya iaitu Menuju Jeram Kedah.
Kali ni banyak single trail dan sedikit
belukar.
 |
Balak tumbang. |
Ada juga tempat tertentu yang kena timang2 mtb disebabkan pokok tumbang di
kebun getah.
laluan DH menuruni puncak 720kaki ni landai sahaja rupanya.Puas juga melayan Downhill disini.Photo pun x sempat snap sebab x mau stop melayan keasyikan downhill.
Kemudian sayup-sayup bunyi deruan air terjun
Tanda dah menghampiri tempat yang dituju.
 |
Hisamudin dan Hashni senyum jer layan DH |
Lepas turun DH, stop sekejap sebelum turun menuju ke Jeram.
Sampai jer di tepi jeram , kena angkat
basikal meniti jalan yg hampir runtuh dan sempit menuju ke Air terjun Jeram
kedah.
 |
Air terjun Jeram kedah- Berendam & menyelam |
|
|
|
|
|
Macam biasa, kalau dah sampai takkan nak
tengok jer air terjun tu. Apa lagi , berendam la sat. Hilang sikit lenguh dan
panas . Aku sorang jer yang layan jeram nampaknya.
Yang lain layan sembang dan borak.
Selepas makan roti dan minum air. Fuh dah kembali fresh.
Next time elok bawak nasi lemak.
 |
Sembang2 cerita Jeram. |
 |
Kenangan di Jeram Kedah - Kg.Solok ,Ulu Beranang |
20minit kemudian perjalanan diteruskan
sehingga sampai di simpang 3. Kekiri untuk kembali semula ke Start point (end
the trip) manakala ke arah kekanan menuju ke bukit Broga.
Setelah berbincang dan mengambil kira faktor masa - pagi
masih muda (+/-10:40pagi), keputusan diambil untuk menambah milage ke bukit broga.
Trail kayuhan selepas itu rupanya bertambah
sulit.
Pendakian Single trail melalui ladang sayur dan bukit yang adakalanya mencanak
sehingga 45%.
Disambut dengan salakan anjing sekali.
Terasa puas gegaran paru-paru apabila mendaki bukit yang mencanak tu.
Akhirnya dari jauh Nampak bukit broga didepan
mata.
Offroad berakhir disini dan kami memasuki jalan road ke Pekan Broga.
Kayuhan road dari pekan Broga ke Masjid Ulu beranang(starting
point) hanya mengambil masa 15minit sahaja. Time ni Acara test odometer kelajuan bermula. Nak test aku punya cateyeFIT wireless yg pening 'sekejap UP sekejap drop dia punya speed'. Mungkin penangan dari getaran downhill yang menyebabkan magnet dislocation.
Maka kayuhan diakhiri dgn minuman kegemaran
milo ais dan teh o ais limau di kedai makan ulu beranang.
Sinonpsis.
Starting point dari Pekan Ulu Beranang.
Mendaki puncak tertinggi 720kaki.
Downhill single trail bersemak ke Air Terjun Jeram Kedah.
Lepak berkelah di air terjun.
Layan bukit bukau ke arah Bukit Broga.
Kembali semula melalui jalan tar melalui pekan Broga ke pekan Ulu Beranang.
Minum Milo ais sambil mengerat silaturrahim.
Pandangan.
Kayuhan trail yang mengasyikkan dan pendakian yang memerlukan konsentrasi tinggi.
Corak kayuhan santai no rush.
Bagi Bro Hisamuddin, ini merupakan kayuhan offroad kedua selepas UPM fete.
Alhamdulillah
kami bersyukur kpd Allah Swt kerana kayuhan kali ini selamat tanpa musibah dan amat menyeronokkan
serta merangsang otot paha.
Jutaan terima kasih kepada Bro Hazrul dan kawan2
yang lain yang turut serta.
Akhirkata marilah berkayuh dengan menutup lutut.Supaya lebih syariah compliant dan selamat lutut dari luka.
Hj Ikram.
Jeram Kedah - Ulu Beranang.Kg Solok