Putrajaya MTB Jamboree - 21 April 2012

Event: Putrajaya MTB Jamboree
Venue: Putrajaya - Taman Wetland - Taman Rimba Alam
Date: 21 April 2012
Route: 30km
GTRiders:
1. Mohd Yusri
2. Haji Ikram
3. Norizwan
4. Radzifuddin
5. Norehsan
6. Joe Radzif

Cadangan awal untuk berkumpul di Bulatan Masjid Putra dan parking kereta di situ. Tapi akhirnya tak jadi. Berkumpul sahaja di situ tetapi park di Wetland. Nasib baik la tak park kat Masjid Putra. Jauh jugak nak patah balik.

Sampai pun dah lambat so kena gi dok kat belah belakang. Setting punya la lama sebab start pukul 9.00. Sekali yang ada kat bawah tu adalah geng Kayuh D'Bangi (KDB) - Saudara Azhar Awadz aka Bacak.

Starting point biasalah Yusri, Ipin (Radzifuddin) dan Botak (Norehsan) start di depan dan yang lain lepak di agak kebelakang skit. Pukul 9.00 dilepaskan dan.... yang belakang tak leh bergerak. Baru jalan turun skit sampai kat jalan nak rentas tasik - jammed. Beratur dan berbual la nampaknya.

Sampai di Taman Rimba Alam - sekali lagi beratur panjang. Kali ini nak naik bukit pula. Licin pula tu. Siapa lambat memang tak dapat air di setiap check point. Wan (Norizwan) mengalami kebocoran tayar setelah melanggar permukaan tidak rata di terowong ketika nak masuk semula ke Taman Wetland. Tetapi berjaya juga menghabiskan perlumbaan setelah ada insan membuat amal jariah dengan memberi tiub.

Jalan batu kerikil di Wetland memang seronok memotong orang sehinggalah sampai ke rintangan air. Oleh kerana hujan pada hari sebelumnya, air naik setinggi tayar basikal mtb. Macam-macam gelagat rider dapat disaksikan. Ada yang redah, ada yang tolak, ada yang pikul dan ada juga yang naik 4x4 - cramped!

Apa yang paling penting - all finish. Completed. Namun tiada yang berjaya menjadi insan bertuah hari ini.

GTRiders standing
1. Yusri (new king)
2. Ipin (toppled king)
3. Botak
4. Ikram
5. Joe Radzif (3 kali rantai jatuh...)
6. Wan (kebocoran....)

Yusri, Haji Ikram, Ipin, Botak dan Wan

Finish juga selepas tayar pancit

Ni mengayuh ke berlakon?

Banner Jamboree
Courtesy Sungai Buaya Cycling Club (SBCC)

Start / Finish
Courtesy Prima Riders Cycling Club (PRCC)

Taman Rimba Alam
Courtesy PRCC

Mari Tolak Basikal (MTB) di Taman Rimba Alam
Courtesy PRCC

Lagi tolak basikal di bukit seterusnya di Taman Rimba Alam 
Courtesy PRCC

Mula orang kayuh basikal. Lepas tu orang tolak basikal. Sekarang basikal naik orang
Courtesy PRCC

Dalam tu di Taman Wetland
Courtesy SBCC

Route
Courtesy PRCC

Elevation 
Courtesy PRCC

2 comments:

Anonymous 26 April 2012 at 08:37  

Botak - buat muka ala-ala Rosyam Nor.
Joe Razif punya gambau mana?
Jamboree kali ni enjoy tolak basikal dan best main air.

Ikram.

Joe Radzif 8 May 2012 at 10:07  

akoo low profile...
tak leh ada gambar

Post a comment

GTRiDERS

GTRiDERS

Chip - Yusri

Chip Marksman - Hashni

Chip Organizer - Fahmir

Mountain Footer - Apis

Low Profile - Joe Radzif

Exit the Way - Hj Ikram

Arial Brader - K'Lid

Shout!!!

Powered by Blogger.