Kayuhan 2 Mac 2012

Kayuhan Fuji
- Kayuhan malam bersama abe zek fuji.





Lokasi - putrajaya
Jarak - +/- 25km
Kayuhan cecah tanah Fuji abe zek.

Kayuhan 18 Feb 2012

Kayuahan Malam - JR, Yus, Ikram, Saidin, Abg Din


Lokasi - Putrajaya
jarak 25km.
Kayuhan perkenalan.

Jamboree MTB Kuala Langat - Success

Starting point

   Kegembiraan dan keterujaan kelihatan di wajah-wajah Seramai 10rider dari Team GTRiders kerana telah berjaya menamatkan perlumbaan pada Jamboree MTB Kuala Langat. Apa tidaknya, ini adalah Jamboree paling jauh yg pernah disertai GTRiders. 54km tu!!! (merujuk kpd velo5 yg kawe guna).
Paling menarik, 4 ahli GTRider yang mantap telah berjaya menamatkan jamboree kali ini dengan ranking masing-masing seperti berikut;
36)  GTRiders à UpinIpin
51) GTRiders à White Giant
121) GTRiders à Exit the Way 
V85) GTRiders à Riduan SVS
Lain lain 6 GTRider - All finisher .
Penyertaan kali ke-2 ini juga turut disertai oleh Veteran Utama GTRider (abg Wan SVS) yg mengayuh dgn begitu mantap dan berjaya menghabiskan kayuhan di ranking ke 85.Syabas.
Pada awalnya GTRiders mendaftar seramai 13 rider (termasuk Associates) . Namun begitu 3 Rider tak dapat menghadirkan diri kerana komitmen keluarga. Dengan itu 10 rider telah berada di Dataran Pantai Morib pada pagi itu.
   Sewaktu Kawe tiba bersama Yusri (konvo berdua aje dari Bangi sebab Giant Biru MIA) di dataran Pantai Morib, kelihatan kilat dan hujan rintik2 sudah mula turun.
Sedikit keraguan samaada event akan diteruskan atau tidak jika hujan menjadi lebat. Namun setelah jam 730pagi, hujan rintik-rintik mula berhenti dan langit kelihatan cerah.
Tanpa melengahkan masa, kawe terus menyiapkan jentera dgn cepat. Bak kata orang muda-muda, sapa lambat kena tinggal. Kali ni dah niat nak park jentera kat barisan awal supaya Q tak panjang sangat sepanjang bottleneck.
   Ikutkan pengalaman semasa Jamboree Putrajaya Bulan April lepas, banyak Q terpaksa ditempuhi sebab bermula dari belakang.Kali ini hasilnya success. Exit the Way telah berjaya mengurangkan nombor ranking.Velo 5 kawe menunjukkan distance 54km. Betul la tu (anggaran).
Di Jamboree kali ini juga , Upinipin telah berjaya merampas kembali tahta 1st ranking GTRiders dari Chip White Giant.
   Trek jamboree K.Langat ni memang santai habis. Flat tanpa ada pendakian.
Offroad nya meniti sebatang lorong melalui ladang sawit dan permatang kebun sayur yg bertanah gambut.
Lembut sangat tanahnya sampai tayar basikal tenggelam setiap kali bergolek.
Sepanjang jalan, amat indah pemandangannya.Malaysiaku Selangorku memang indah.

   Bab Pengurusan trek dan laluan oleh penganjur , kawe kasi 5 bintang. Tip top.
Sebab kat dalam kebun-kebun terpencil pun, ada urusetia yang bertugas menunjuk arah. Di check Point pula ramai volunteer yang cekap menampal sticker. x yah berhenti kayuh. Manakala air minuman dan pisang juga disediakan. Anak-anak sekolah yang bertugas disitu siap tolong kupas lagi pisang sebelum passing kepada pengayuh di sepanjang tempat pengagihan. Very sporting. Pada line penamat pun ada Q untuk mendapatkan finisher medal dan ranking kedudukan.

Pendek kata santai and simple this time punya Jamboree.
Akhir kata...Tahniah kpd Penganjur Jamboree dari GTRiders...All Finisher..
Wassalam.

Hj.Ikram.




Radzi, King Ipin ,Hisyam digarisan penamat.

Akhirnya......peace!

Radzi dan Riduan. Sorang tengah berpeluh. Sorang dah siap mandi.
Lunch nasi sup daging yang KAW!! Antara acara yg terbaekk!!



Uncle veteren tertua yg berjaya menghabiskan kayuhan. Slow is faster.

Lucky Draw

Dataran Morib

Dataran Morib selepas upacara -bersurai.


Kayuh punya pasal , photo kayuhan tak sempat dirakam. Sila layan Photo dari web penganjur.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

13 GTRiders akan ke Jamboree Kuala Langat

Setelah dihangatkan kejayaan Joe Radzif untuk menyertai dan menamatkan perlumbaan Jamboree MTB Putrajaya, ramai pekerja Kilang Meditop Corporation telah kepanasan dan mengambil keputusan untuk membutkikan kemampuan mereka di Jamboree Kuala Langat - Kayuhan Perpaduan.

13 GTRiders telah mendaftar dan bakal beraksi pada 13 Mei 2012 ini. Namun kepada peserta yang pertama kali menyertai jamboree, mereka tidak dapat beraksi bersama Joe Radzif yang tidak dapat menyertai jamboree ini kerana dalam proses menjadi kaya dan berjaya. 

Next Event: Jambori Kuala Langat


Putrajaya MTB Jamboree - 21 April 2012

Event: Putrajaya MTB Jamboree
Venue: Putrajaya - Taman Wetland - Taman Rimba Alam
Date: 21 April 2012
Route: 30km
GTRiders:
1. Mohd Yusri
2. Haji Ikram
3. Norizwan
4. Radzifuddin
5. Norehsan
6. Joe Radzif

Cadangan awal untuk berkumpul di Bulatan Masjid Putra dan parking kereta di situ. Tapi akhirnya tak jadi. Berkumpul sahaja di situ tetapi park di Wetland. Nasib baik la tak park kat Masjid Putra. Jauh jugak nak patah balik.

Sampai pun dah lambat so kena gi dok kat belah belakang. Setting punya la lama sebab start pukul 9.00. Sekali yang ada kat bawah tu adalah geng Kayuh D'Bangi (KDB) - Saudara Azhar Awadz aka Bacak.

Starting point biasalah Yusri, Ipin (Radzifuddin) dan Botak (Norehsan) start di depan dan yang lain lepak di agak kebelakang skit. Pukul 9.00 dilepaskan dan.... yang belakang tak leh bergerak. Baru jalan turun skit sampai kat jalan nak rentas tasik - jammed. Beratur dan berbual la nampaknya.

Sampai di Taman Rimba Alam - sekali lagi beratur panjang. Kali ini nak naik bukit pula. Licin pula tu. Siapa lambat memang tak dapat air di setiap check point. Wan (Norizwan) mengalami kebocoran tayar setelah melanggar permukaan tidak rata di terowong ketika nak masuk semula ke Taman Wetland. Tetapi berjaya juga menghabiskan perlumbaan setelah ada insan membuat amal jariah dengan memberi tiub.

Jalan batu kerikil di Wetland memang seronok memotong orang sehinggalah sampai ke rintangan air. Oleh kerana hujan pada hari sebelumnya, air naik setinggi tayar basikal mtb. Macam-macam gelagat rider dapat disaksikan. Ada yang redah, ada yang tolak, ada yang pikul dan ada juga yang naik 4x4 - cramped!

Apa yang paling penting - all finish. Completed. Namun tiada yang berjaya menjadi insan bertuah hari ini.

GTRiders standing
1. Yusri (new king)
2. Ipin (toppled king)
3. Botak
4. Ikram
5. Joe Radzif (3 kali rantai jatuh...)
6. Wan (kebocoran....)

Yusri, Haji Ikram, Ipin, Botak dan Wan

Finish juga selepas tayar pancit

Ni mengayuh ke berlakon?

Banner Jamboree
Courtesy Sungai Buaya Cycling Club (SBCC)

Start / Finish
Courtesy Prima Riders Cycling Club (PRCC)

Taman Rimba Alam
Courtesy PRCC

Mari Tolak Basikal (MTB) di Taman Rimba Alam
Courtesy PRCC

Lagi tolak basikal di bukit seterusnya di Taman Rimba Alam 
Courtesy PRCC

Mula orang kayuh basikal. Lepas tu orang tolak basikal. Sekarang basikal naik orang
Courtesy PRCC

Dalam tu di Taman Wetland
Courtesy SBCC

Route
Courtesy PRCC

Elevation 
Courtesy PRCC

Logo cadangan...

Konsep oleh Yusri dan Fahmir

Logo dari Joe Radzif (dah buang tulisan kat bawah)

Logo GTRiders


Logo yang masih dalam peringkat draft. Soon to be confirmed once agreed by majorities. 

GTRiders bakal beraksi di Putrajaya MTB Jamboree


Enam orang GTRiders bakal bersaing untuk membuktikan kebolehan dan kekuatan fizikal dan mental mengharung perjalanan 40km dalam jamboree di Putrajaya. Namun salah seorang bakal menarik diri.

Kayuhan Sihat Sempena World Earth Hour (Photo)

Sebahagian gambar kenang-kenangan pada Kayuhan Sihat pada 31 Mac 2012 di sekitar Bandar Baru Bangi. Mula/Tamat di Meditop Corporation Plant 2 manakala checkpoint di Meditop Corporation Plant 1 melalui jalan-jalan di Kawasan Perindustrian Bangi sambil melawat kilang-kilang yang mengambil bahagian pada acara gotong-royong anjuran Bangi Industrial Area Administration (BIAA).

Untuk melihat keseluruhan 400++ gambar boleh la ke Group GTRiders di Facebook. (Klik Sini)



































GTRiDERS

GTRiDERS

Chip - Yusri

Chip Marksman - Hashni

Chip Organizer - Fahmir

Mountain Footer - Apis

Low Profile - Joe Radzif

Exit the Way - Hj Ikram

Arial Brader - K'Lid

Shout!!!

Powered by Blogger.